Friday, June 18, 2010

PTB KG. SKUDAI KIRI, JOHOR BAHRU, JOHOR

KG. SKUDAI KIRI...


Merupakan sebuah perkampungan Melayu yang telah wujud sejak 50 tahun yang lalu. Kini, penduduk Kg. Skudai Kiri adalah merupakan generasi yang ke-2 dan ke-3 serta masyarakat penyewa dari kawasan lain. Status Kg. Skudai Kiri adalah Tanah Rezab Melayu.

Ianya terletak kira-kira 5-6 km dari pusat Bandaraya Johor Bahru dengan sistem lalulintas yang efesyen melalui Jalan Skudai (132'). Kawasan ini juga terletak berhampiran dengan pembangunan berskala besar seperti Danga Bay di bahagian selatan dan tenggara, Bandar Baru Uda di utara dan Bandar Tampoi di barat laut.


LOKASI TAPAK...



KELUASAN KAWASAN KAJIAN...











Pecahan Keluasan Lot Kawasan Kajian Asal





Pecahan Keluasan Lot Kawasan Tambahan


CADANGAN PEMBANGUNAN

Mengandungi 3 alternatif pelan susuntur dan pulangan sebagaimana berikut:

  • Alternatif Pembangunan 1 & 3 - 1 unit Rumah Teres 2 Tingkat Kos Sederhana (berharga RM 190,800) dan baki berdasarkan nilai pulangan masing-masing.
  • Alternatif Pembangunan 2 - 1 unit Rumah Apartment Kos Sederhana (berharga RM 150,100) dan baki berdasarkan nilai pulangan masing-masing.
  • Nilai plotan semula berdasarkan nilai PR.

CADANGAN PEMINDAHAN SETINGGAN

1. Jumlah setinggan terlibat adalah 683 keluarga seperti berikut :

  • 124 keluarga di dalam kawasan asal kajian (31.51 ekar)
  • 559 keluarga di dalam kawasan tambahan (38.96 ekar)

2. Cadangan lokasi pemindahan setinggan :

  • Di Projek Perumahan Rakyat berhampiran yang telah siap dan sedia diduduki seperti PPR Tampoi
  • Di Projek Perumahan Mampu Milik yang akan dibangunkan oleh pemaju (UDA Holdings Berhad) di Sg Melana
  • Tawaran unit-unit perumahan yang telah dibangunkan di bawah program PTB
  • Tawaran pembelian unit-unit perumahan kos rendah atau rumah mampu milik sedia ada (di kawasan yang berhampiran)
  • Pilihan bebas penduduk setinggan

CADANGAN PENEMPATAN SEMENTARA PEMILIK TANAH

1. Melibatkan 101 keluarga pemilik (penyewa tidak diambilkira) bagi keseluruhan kawasan.

2. Alternatif Penempatan Sementara Pemilik Tanah :

  • Pemberian elaun bulanan sebanyak RM600.00 bagi sewaan rumah di luar tapak pembangunan ( telah diambilkira dalam kos pembangunan ) @ RM 1.81 juta bagi tempoh 3 tahun.
  • Pembinaan rumah transit di tapak pembangunan ( 2 blok = 96 unit rumah dengan anggaran kos RM 10.69 juta )

2 comments:

  1. saya pelajar perancang bandar ingin membuat thesis sama berkenaan dgn PTB ini...

    ReplyDelete
  2. Saya pelajar prauniversiti(T6) di salah sebuah sekolah di johor bahru..saya ingin membuat kajian mengenai sejarah kg skudai Kiri.bolehkah saya memperoleh maklumat drpd pihak anda? Jika boleh,dengan siapakah yang patut saya hubungi?
    Terima kasih.

    ReplyDelete