Tuesday, August 24, 2010

MENGKELASKAN SEMULA DAN MENDEFINISIKAN AKTIVITI YANG DIBENARKAN UNTUK KELULUSAN SEMENTARA (KS)

AKTIVITI KELULUSAN SEMENTARA (KS)

Berdasarkan kertas kerja yang telah diluluskan, terdapat hanya tiga (3) aktiviti yang dibenarkan untuk kelulusan sementara (KS) tertakluk keperluan teknikal yang ditetapkan:

Tadika

Taska

Pusat jagaan:

· 1. Warga tua

· 2.Orang kurang upaya (OKU)

· 3.Orang kurang cergas

· 4,.Anak yatim dan sebagainya

Namun demikian merujuk definisi sebenar daripada akta atau jabatan berkaitan, terdapat sebahagian aktiviti yang perlu digugurkan dari senarai aktiviti yang dibenarkan untuk Kelulusan Sementara (KS). Ini kerana kertas kerja sebelum ini tidak menjelaskan secara terperinci definisi setiap aktiviti yang dibenarkan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan sebahagian pemohon atau pihak yang memproses permohonan.

CADANGAN AKTIVITI YANG DIBENARKAN UNTUK KELULUSAN SEMENTARA

AKTIVITI SEDIADA

CADANGAN AKTIVITI

i. Taska

ii. Tadika

iii. Pusat Jagaan

a. Warga Tua

b. Orang Kurang Upaya (OKU)

c. Orang Kurang Cergas

d. Anak Yatim dan sebagainya

i. Taska

ii. Tadika

iii. Pusat Jagaan

a. Warga Tua

b. Orang Kurang Upaya (OKU)

- Kurang Upaya Pendengaran

- Kurang Upaya Penglihatan

- Kurang Upaya Fizikal

- Kurang Upaya Pertuturan

- Masalah Pembelajaran

- Kurang Upaya Mental

- Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)

c. Anak Yatim

Aktiviti pusat jagaan bagi Orang Kurang Cergas digugurkan dari senarai aktiviti yang dibenarkan untuk Kelulusan Sementara (KS) kerana golongan ini telah termasuk dalam kategori OKU masalah pembelajaran (sebagaimana definisi dalam lampiran). Ini kerana kategori orang kurang cergas berdasarkan permohonan yang pernah diluluskan sebelum ini adalah lebih mirip kepada kategori golongan yang mempunyai masalah pembelajaran seperti autisme, sindrom down dan lemah intelektual.

Tempoh kelulusan dihadkan kepada 3 tahun sahaja dan perlu diperbaharui tempoh Kelulusan Sementara dari setahun ke setahun dalam tempoh yang dibenarkan (2 kali perlanjutan) dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Perlanjutan bagi tahun kedua (2) dan ketiga (3) hanya akan dipertimbangkan setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor (Tadika) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Taska dan Pusat Jagaan).

Pertimbangan dalam meluluskan permohonan Taska/ Tadika adalah tertakluk kepada nisbah yang ditetapkan iaitu 2,500 penduduk (500 unit rumah) untuk 1 taska/ tadika.

Manakala Pusat Jagaan pula, nisbah yang ditetapkan ialah 15,000 penduduk (3000 unit rumah) untuk 1 Pusat Jagaan.

Syarat lain dan kadar bayaran dalam Kertas Kerja Kajian Semula Aktiviti Kebenaran Merancang Sementara (KMS) dan Kelulusan Sementara (KS) Majlis Bandaraya Johor Bahru yang telah diterimapakai pada 10 September 2009 masih dikekalkan.

Tuesday, August 10, 2010

GARIS PANDUAN PENYIDAIAN KAIN DI KEDIAMAN BERBILANG TINGKAT



APA KEPENTINGAN GARIS PANDUAN PENYIDAIAN KAIN DI KEDIAMAN BERBILANG TINGKAT??
· Memberi panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) dalam mengatasi masalah penyidaian kain di kediamanberbilang tingkat sedia ada yang dilihat telah mencacatkan pandangan awam.
· Menjelaskan prinsip serta kaedah penyidaian di kediaman berbilang tingkat supaya dapat dilaksanakan secara efektif dan teratur disamping memastikan ianya tidak mencacatkan pandangan awam.


APAKAH TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) ?
  1. Memastikan aspek penyidaian kain diambilkira dalam syarat kelulusan pelan bangunan.
  2. Mengadakan kempen kesedaran secara berkala kepada semua penghuni bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).
  3. Tindakan penguatkuasaan dengan kerjasama JMB, MC atau Agen Pengurusan.

BAGAIMANA PULA TANGGUNGJAWAB PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)?

Membuat peraturan yang mewajibkan pihak pengurusan bangunan (Pemaju, JMB, MC atau Agen Pengurusan) memasukkan peraturan penyidaian dalam undang-undang dan peraturan di kediaman tingkat (house rules & regulations)



TUGAS PIHAK PENGURUSAN BANGUNAN PULA??

-Menyediakan ruangan khas untuk aktiviti penyidaian fabrik bersaiz besar
-Mewujudkan perkhidmatan dobi layan diti dengan kos daripada akaun penyelenggaraan bangunan.
-Mengadakan program khas mendidik penghuni tentang tatacara kehidupan dikediaman berbilang tingkat.
-Mewujudkan peraturan khas berkaitan tatacara penyidaian di dalam house rules & regulations.
-Menyebarkan risalah serta penerangan berkenaan kaedah penyidaian yang betul.
-Menyediakan jadual masa untuk menjemur kain sekiranya menggunakan ruang awam seperti koridor.
-Tindakan penguatkuasaan kepada penghuni yang ingkar.

TANGGUNGJAWAB PENGHUNI??

Melaksanakan aktiviti sidaian ditempat yang telah dikhaskan dan menggunakan peralatan yang dibenarkan.
Menggunakan kemudahan dobi untuk fabrik bersaiz besar.

PENGGUNAAN PERALATAN JIKA:

i) Mempunyai ruang menyidai /balkoni

-Peralatan yang digunakan adalah jenis rak yang dipasang didinding atau siling.
-Penggunaannya mudah kerana ia boleh diubahsuai mengikut keperluan dan selamat digunakan serta boleh disimpan dengan kemas sekiranya tidak digunakan.

Ampaian pegun di dinding balkoni/ dalam bilik


Ampaian pegun di dinding balkoni/ dalam bilik


Ampaian pegun di dinding balkoni/ dalam bilik

ii) Tidak mempunyai ruang menyidai/balkoni

- Peralatan yang digunakan adalah alat penyidai mudah alih yang beroda.
- Selain mudah di alih ke kawasan yang mendapat cahaya matahari di sebelah pagi atau petang, ianya juga mudah diguna dan disimpan jika tidak diperlukan.
-Kapasiti penggunaannya juga mampu menampung jumlah bilangan pakaian yang banyakpada satu-satu masa.



Ampaian mudahalih di balkoni


Ampaian mudah

alih di balkoni/ dalam bilik


Ampaian mudah alih di balkoni/ dalam bilik


iii) Pemakaian

Garispanduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat ini digunapakai bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia.


Friday, June 18, 2010

PTB KG. SKUDAI KIRI, JOHOR BAHRU, JOHOR

KG. SKUDAI KIRI...


Merupakan sebuah perkampungan Melayu yang telah wujud sejak 50 tahun yang lalu. Kini, penduduk Kg. Skudai Kiri adalah merupakan generasi yang ke-2 dan ke-3 serta masyarakat penyewa dari kawasan lain. Status Kg. Skudai Kiri adalah Tanah Rezab Melayu.

Ianya terletak kira-kira 5-6 km dari pusat Bandaraya Johor Bahru dengan sistem lalulintas yang efesyen melalui Jalan Skudai (132'). Kawasan ini juga terletak berhampiran dengan pembangunan berskala besar seperti Danga Bay di bahagian selatan dan tenggara, Bandar Baru Uda di utara dan Bandar Tampoi di barat laut.


LOKASI TAPAK...



KELUASAN KAWASAN KAJIAN...











Pecahan Keluasan Lot Kawasan Kajian Asal





Pecahan Keluasan Lot Kawasan Tambahan


CADANGAN PEMBANGUNAN

Mengandungi 3 alternatif pelan susuntur dan pulangan sebagaimana berikut:

  • Alternatif Pembangunan 1 & 3 - 1 unit Rumah Teres 2 Tingkat Kos Sederhana (berharga RM 190,800) dan baki berdasarkan nilai pulangan masing-masing.
  • Alternatif Pembangunan 2 - 1 unit Rumah Apartment Kos Sederhana (berharga RM 150,100) dan baki berdasarkan nilai pulangan masing-masing.
  • Nilai plotan semula berdasarkan nilai PR.

CADANGAN PEMINDAHAN SETINGGAN

1. Jumlah setinggan terlibat adalah 683 keluarga seperti berikut :

  • 124 keluarga di dalam kawasan asal kajian (31.51 ekar)
  • 559 keluarga di dalam kawasan tambahan (38.96 ekar)

2. Cadangan lokasi pemindahan setinggan :

  • Di Projek Perumahan Rakyat berhampiran yang telah siap dan sedia diduduki seperti PPR Tampoi
  • Di Projek Perumahan Mampu Milik yang akan dibangunkan oleh pemaju (UDA Holdings Berhad) di Sg Melana
  • Tawaran unit-unit perumahan yang telah dibangunkan di bawah program PTB
  • Tawaran pembelian unit-unit perumahan kos rendah atau rumah mampu milik sedia ada (di kawasan yang berhampiran)
  • Pilihan bebas penduduk setinggan

CADANGAN PENEMPATAN SEMENTARA PEMILIK TANAH

1. Melibatkan 101 keluarga pemilik (penyewa tidak diambilkira) bagi keseluruhan kawasan.

2. Alternatif Penempatan Sementara Pemilik Tanah :

  • Pemberian elaun bulanan sebanyak RM600.00 bagi sewaan rumah di luar tapak pembangunan ( telah diambilkira dalam kos pembangunan ) @ RM 1.81 juta bagi tempoh 3 tahun.
  • Pembinaan rumah transit di tapak pembangunan ( 2 blok = 96 unit rumah dengan anggaran kos RM 10.69 juta )

Thursday, June 17, 2010

SENARAI GARISPANDUAN YANG DITERIMAPAKAI DI MBJB

Senarai Garis Panduan Perancangan Yang Disediakan Oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Dan Telah Diterimakai Dinegeri Johor dan Di Majlis Bandaraya Johor Bahru

Senarai Garis Panduan Perancangan Daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa Yang Telah Di Ubah Suai Dan Di Terimapakai Di MBJB

Senarai Garis Panduan Perancangan Yang Telah Disediakan Dan Telah Di Terimapakai Di MBJB

Wednesday, June 16, 2010

PEMBANGUNAN TANAH BERSEPAKAT (PTB)

APAKAH PTB?


Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) adalah :


  • Satu kaedah pembangunan tanah dimana sekumpulan lot tanah yang berjiran disusun semula melalui kerjasama dan persetujuan pemilik-pemilik tanah mengikut pelan susunatur yang terancang dengan penyediaan kemudahan infrastruktur dan masyarakat yang mencukupi

  • Satu pendekatan bagi membangunkan kawasan-kawasan yang mengalami kemerosotan fizikal, kesesakan dan tertinggal dari arus pembangunan tetapi berpotensi dan berdaya maju untuk dibangunkan

  • Satu sistem yang dijangka dapat mengurangkan subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan terutamanya melibatkan kos pengambilan balik tanah

Konsep PTB...


Sebelum dan Selepas...




Elemen Penting Sistem PTB adalah....





Faedah PTB...





PTB di negara lain..



Tuesday, June 15, 2010

UNIT PENGUATKUASAAN PERANCANGAN




J I K A A N D A . . .

Menjalankan aktiviti perniagaan TANPA KELULUSAN MAJLIS
beroperasi TANPA LESEN PERNIAGAAN
cubaan MENCEROBOH tanah milik Majlis???
atau mendirikan struktur binaan TANPA KELULUSAN BANGUNAN

ANDA DIDAPATI BERSALAH!!!



JENIS-JENIS KESALAHAN

(klik gambar untuk gambaran jelas)



Berikut merupakan peruntukan perundangan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (AKTA 172) yang boleh dikenakan tindakan mahkamah.








Monday, April 12, 2010

UNIT DASAR PERANCANGAN

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JOHOR BAHRU

APA ITU RANCANGAN TEMPATAN?
Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen penerangan yang mengandungi Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis berserta Garis Panduan Pelaksanaan.RT disediakan mengikut peruntukkan Seksyen 12 hingga 16, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan.


KAWASAN RANCANGAN TEMPATAN

Sesuatu RT
meliputi satu daerah dan kadangkala beberapa PBPT. Dalam konteks Johor Bahru, RT yang disediakan merangkumi kawasan pentadbiran 4 PBPT seluas 177,490 hektar / 438,585 ekar.



MENGAPA PERLU RANCANGAN TEMPATAN?

  • RT melaksanakan strategi yang telah

digariskan oleh Rancangan Struktur

Negeri dengan lebih terperinci

  • RT menjelaskan dasar kawalan perancangan bandar sebagai

panduan pembangunan.

  • RT menerangkan kepada awam tentang isu-isu perancangan secara terperinci.


KAEDAH PENYEDIAAN
Berdasarkan kepada peruntukkan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)