Tuesday, August 24, 2010

MENGKELASKAN SEMULA DAN MENDEFINISIKAN AKTIVITI YANG DIBENARKAN UNTUK KELULUSAN SEMENTARA (KS)

AKTIVITI KELULUSAN SEMENTARA (KS)

Berdasarkan kertas kerja yang telah diluluskan, terdapat hanya tiga (3) aktiviti yang dibenarkan untuk kelulusan sementara (KS) tertakluk keperluan teknikal yang ditetapkan:

Tadika

Taska

Pusat jagaan:

· 1. Warga tua

· 2.Orang kurang upaya (OKU)

· 3.Orang kurang cergas

· 4,.Anak yatim dan sebagainya

Namun demikian merujuk definisi sebenar daripada akta atau jabatan berkaitan, terdapat sebahagian aktiviti yang perlu digugurkan dari senarai aktiviti yang dibenarkan untuk Kelulusan Sementara (KS). Ini kerana kertas kerja sebelum ini tidak menjelaskan secara terperinci definisi setiap aktiviti yang dibenarkan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan sebahagian pemohon atau pihak yang memproses permohonan.

CADANGAN AKTIVITI YANG DIBENARKAN UNTUK KELULUSAN SEMENTARA

AKTIVITI SEDIADA

CADANGAN AKTIVITI

i. Taska

ii. Tadika

iii. Pusat Jagaan

a. Warga Tua

b. Orang Kurang Upaya (OKU)

c. Orang Kurang Cergas

d. Anak Yatim dan sebagainya

i. Taska

ii. Tadika

iii. Pusat Jagaan

a. Warga Tua

b. Orang Kurang Upaya (OKU)

- Kurang Upaya Pendengaran

- Kurang Upaya Penglihatan

- Kurang Upaya Fizikal

- Kurang Upaya Pertuturan

- Masalah Pembelajaran

- Kurang Upaya Mental

- Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)

c. Anak Yatim

Aktiviti pusat jagaan bagi Orang Kurang Cergas digugurkan dari senarai aktiviti yang dibenarkan untuk Kelulusan Sementara (KS) kerana golongan ini telah termasuk dalam kategori OKU masalah pembelajaran (sebagaimana definisi dalam lampiran). Ini kerana kategori orang kurang cergas berdasarkan permohonan yang pernah diluluskan sebelum ini adalah lebih mirip kepada kategori golongan yang mempunyai masalah pembelajaran seperti autisme, sindrom down dan lemah intelektual.

Tempoh kelulusan dihadkan kepada 3 tahun sahaja dan perlu diperbaharui tempoh Kelulusan Sementara dari setahun ke setahun dalam tempoh yang dibenarkan (2 kali perlanjutan) dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Perlanjutan bagi tahun kedua (2) dan ketiga (3) hanya akan dipertimbangkan setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor (Tadika) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Taska dan Pusat Jagaan).

Pertimbangan dalam meluluskan permohonan Taska/ Tadika adalah tertakluk kepada nisbah yang ditetapkan iaitu 2,500 penduduk (500 unit rumah) untuk 1 taska/ tadika.

Manakala Pusat Jagaan pula, nisbah yang ditetapkan ialah 15,000 penduduk (3000 unit rumah) untuk 1 Pusat Jagaan.

Syarat lain dan kadar bayaran dalam Kertas Kerja Kajian Semula Aktiviti Kebenaran Merancang Sementara (KMS) dan Kelulusan Sementara (KS) Majlis Bandaraya Johor Bahru yang telah diterimapakai pada 10 September 2009 masih dikekalkan.

Tuesday, August 10, 2010

GARIS PANDUAN PENYIDAIAN KAIN DI KEDIAMAN BERBILANG TINGKAT



APA KEPENTINGAN GARIS PANDUAN PENYIDAIAN KAIN DI KEDIAMAN BERBILANG TINGKAT??
· Memberi panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) dalam mengatasi masalah penyidaian kain di kediamanberbilang tingkat sedia ada yang dilihat telah mencacatkan pandangan awam.
· Menjelaskan prinsip serta kaedah penyidaian di kediaman berbilang tingkat supaya dapat dilaksanakan secara efektif dan teratur disamping memastikan ianya tidak mencacatkan pandangan awam.


APAKAH TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) ?
  1. Memastikan aspek penyidaian kain diambilkira dalam syarat kelulusan pelan bangunan.
  2. Mengadakan kempen kesedaran secara berkala kepada semua penghuni bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).
  3. Tindakan penguatkuasaan dengan kerjasama JMB, MC atau Agen Pengurusan.

BAGAIMANA PULA TANGGUNGJAWAB PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)?

Membuat peraturan yang mewajibkan pihak pengurusan bangunan (Pemaju, JMB, MC atau Agen Pengurusan) memasukkan peraturan penyidaian dalam undang-undang dan peraturan di kediaman tingkat (house rules & regulations)



TUGAS PIHAK PENGURUSAN BANGUNAN PULA??

-Menyediakan ruangan khas untuk aktiviti penyidaian fabrik bersaiz besar
-Mewujudkan perkhidmatan dobi layan diti dengan kos daripada akaun penyelenggaraan bangunan.
-Mengadakan program khas mendidik penghuni tentang tatacara kehidupan dikediaman berbilang tingkat.
-Mewujudkan peraturan khas berkaitan tatacara penyidaian di dalam house rules & regulations.
-Menyebarkan risalah serta penerangan berkenaan kaedah penyidaian yang betul.
-Menyediakan jadual masa untuk menjemur kain sekiranya menggunakan ruang awam seperti koridor.
-Tindakan penguatkuasaan kepada penghuni yang ingkar.

TANGGUNGJAWAB PENGHUNI??

Melaksanakan aktiviti sidaian ditempat yang telah dikhaskan dan menggunakan peralatan yang dibenarkan.
Menggunakan kemudahan dobi untuk fabrik bersaiz besar.

PENGGUNAAN PERALATAN JIKA:

i) Mempunyai ruang menyidai /balkoni

-Peralatan yang digunakan adalah jenis rak yang dipasang didinding atau siling.
-Penggunaannya mudah kerana ia boleh diubahsuai mengikut keperluan dan selamat digunakan serta boleh disimpan dengan kemas sekiranya tidak digunakan.

Ampaian pegun di dinding balkoni/ dalam bilik


Ampaian pegun di dinding balkoni/ dalam bilik


Ampaian pegun di dinding balkoni/ dalam bilik

ii) Tidak mempunyai ruang menyidai/balkoni

- Peralatan yang digunakan adalah alat penyidai mudah alih yang beroda.
- Selain mudah di alih ke kawasan yang mendapat cahaya matahari di sebelah pagi atau petang, ianya juga mudah diguna dan disimpan jika tidak diperlukan.
-Kapasiti penggunaannya juga mampu menampung jumlah bilangan pakaian yang banyakpada satu-satu masa.



Ampaian mudahalih di balkoni


Ampaian mudah

alih di balkoni/ dalam bilik


Ampaian mudah alih di balkoni/ dalam bilik


iii) Pemakaian

Garispanduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat ini digunapakai bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia.