APA ITU RANCANGAN TEMPATAN?
Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen penerangan yang mengandungi Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis berserta Garis Panduan Pelaksanaan.RT disediakan mengikut peruntukkan Seksyen 12 hingga 16, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan.
KAWASAN RANCANGAN TEMPATAN
Sesuatu RT meliputi satu daerah dan kadangkala beberapa PBPT. Dalam konteks Johor Bahru, RT yang disediakan merangkumi kawasan pentadbiran 4 PBPT seluas 177,490 hektar / 438,585 ekar.
MENGAPA PERLU RANCANGAN TEMPATAN?
- RT melaksanakan strategi yang telah
digariskan oleh Rancangan Struktur
Negeri dengan lebih terperinci
- RT menjelaskan dasar kawalan perancangan bandar sebagai
panduan pembangunan.
- RT menerangkan kepada awam tentang isu-isu perancangan secara terperinci.
Berdasarkan kepada peruntukkan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
No comments:
Post a Comment