AKTIVITI KELULUSAN SEMENTARA (KS)
Berdasarkan kertas kerja yang telah diluluskan, terdapat hanya tiga (3) aktiviti yang dibenarkan untuk kelulusan sementara (KS) tertakluk keperluan teknikal yang ditetapkan:
Tadika
Taska
Pusat jagaan:
· 1. Warga tua
· 2.Orang kurang upaya (OKU)
· 3.Orang kurang cergas
· 4,.Anak yatim dan sebagainya
Namun demikian merujuk definisi sebenar daripada akta atau jabatan berkaitan, terdapat sebahagian aktiviti yang perlu digugurkan dari senarai aktiviti yang dibenarkan untuk Kelulusan Sementara (KS). Ini kerana kertas kerja sebelum ini tidak menjelaskan secara terperinci definisi setiap aktiviti yang dibenarkan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan sebahagian pemohon atau pihak yang memproses permohonan.
CADANGAN AKTIVITI YANG DIBENARKAN UNTUK KELULUSAN SEMENTARA
AKTIVITI SEDIADA | CADANGAN AKTIVITI |
i. Taska ii. Tadika iii. Pusat Jagaan a. Warga Tua b. Orang Kurang Upaya (OKU) c. Orang Kurang Cergas d. Anak Yatim dan sebagainya | i. Taska ii. Tadika iii. Pusat Jagaan a. Warga Tua b. Orang Kurang Upaya (OKU) - Kurang Upaya Pendengaran - Kurang Upaya Penglihatan - Kurang Upaya Fizikal - Kurang Upaya Pertuturan - Masalah Pembelajaran - Kurang Upaya Mental - Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) c. Anak Yatim |
Aktiviti pusat jagaan bagi Orang Kurang Cergas digugurkan dari senarai aktiviti yang dibenarkan untuk Kelulusan Sementara (KS) kerana golongan ini telah termasuk dalam kategori OKU masalah pembelajaran (sebagaimana definisi dalam lampiran). Ini kerana kategori orang kurang cergas berdasarkan permohonan yang pernah diluluskan sebelum ini adalah lebih mirip kepada kategori golongan yang mempunyai masalah pembelajaran seperti autisme, sindrom down dan lemah intelektual.
Tempoh kelulusan dihadkan kepada 3 tahun sahaja dan perlu diperbaharui tempoh Kelulusan Sementara dari setahun ke setahun dalam tempoh yang dibenarkan (2 kali perlanjutan) dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Perlanjutan bagi tahun kedua (2) dan ketiga (3) hanya akan dipertimbangkan setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor (Tadika) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Taska dan Pusat Jagaan).
Pertimbangan dalam meluluskan permohonan Taska/ Tadika adalah tertakluk kepada nisbah yang ditetapkan iaitu 2,500 penduduk (500 unit rumah) untuk 1 taska/ tadika.
Manakala Pusat Jagaan pula, nisbah yang ditetapkan ialah 15,000 penduduk (3000 unit rumah) untuk 1 Pusat Jagaan.
Syarat lain dan kadar bayaran dalam Kertas Kerja Kajian Semula Aktiviti Kebenaran Merancang Sementara (KMS) dan Kelulusan Sementara (KS) Majlis Bandaraya Johor Bahru yang telah diterimapakai pada 10 September 2009 masih dikekalkan.